Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Jawatankuasa Penyeliaan dan Pengurusan Industri Perbankan China semalam telah mewartakan "Peraturan Pengurusan Badan Kewangan Asing" yang sudah dipindakan.
Peraturan tersebut mengurangkan standard keizinan terhadap badan kewangan asing untuk memasuki pasaran China, memudahkan prosedur pengesahan dan akan dilaksanakan pada 1 September.
Pegawai Jawatankuasa Penyeliaan dan Pengurusan Industri Perbankan China menjelaskan bahawa walaupun standard keizinan masuk pasaran itu dikurangkan, tetapi ia tidak akan melonggarkan tuntutan terhadap pengurusan badan kewangan asing agar dapat menggalakkan badan kewangan asing berkembang dengan sah, selamat dan sihat.
|