Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-04 16:18:15    
Bank Makau Disahkan Urus Niaga RMB

cri
Menurut berita CRI bahawa Bank Rakyat China dan Jabatan Pentadbiran Kewangan Am Wilayah Pentadbiran Khas Makau hari ini di Makau telah menandatangani memorandum kerjasama urus niaga RMB bank Makau.

Dimaklumkan bahawa bank Makau disahkan mengurus niaga 4 kategori perkhidmatan iaitu wang simpanan, pertukaran wang, pengiriman wang dan kad kredit RMB.

Dijangka sebelum Oktober tahun ini, bank Makau akan secara rasmi mengendalikan urus niaga RMB orang perseorangan.

Tokoh kalangan perbankan Makau berpendapat bahawa pengesahan itu berfaedah bagi Makau dan Tanah Besar China menyalurkan dana dan memudahkan pertukaran perdagangan.