Menurut Agensi Berita Xinhua China hari ini bahawa media massa Filipina melaporkan, Presiden Filipina Arroyo telah mengarahkan bahagian perbendaharaan dan pengurusan kewangan menyediakan peruntukan agar Stesen Penyiaran Kebangsaan Filipina dapat membayar kos yang belum dibayar kepada Jawatankuasa Sukan Olimpik agar dapat menjamin penyiaran Sukan Olimpik tahun ini diadakan dengan lancar.
Filipina akan menghantar 16 orang atlet bertanding dalam Sukan Olimpik ke-28 yang diadakan di Athens, Greece pada 13 Julai, dan berharap memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara itu.
|