|
Menurut Agensi Berita Xinhua, Jabatan Am Hal Ehwal Cukai China semalam mengumumkan, menurut statistik, pada separuh tahun pertama tahun ini, Tanah Besar telah memperoleh cukai pendapatan perseorangan sebanyak 88.1 bilion yuan RMB. Jumlah itu meningkatkan 20.6% daripada tahun lalu dalam tempoh yang sama.
Pegawai Jabatan Am Hal Ehwal Cukai menyatakan, setakat ini, badan hal ehwal cukai pelbagai peringkat telah menstandardkan dan meningkatkan pengurusan kutipan cukai pendapatan perseorangan melalui penubuhan sistem pengurusan arkib pendapatan cukai perseorangan. Tindakan tersebut menjamin pengurusan kutipan cukai pendapatan perseorangan dilaksanakan dengan lancar.
|