Menurut Agensi Berita Xinhua, Wartawan dimaklumkan dalam Sidang Kerja Pemeliharaan Padang Rumput Kebangsaan yang diadakan di Urumqi, bandar di bahagian barat China semalam, berdasarkan pelaksanaan peraturan dan dasar "Undang-undang Padang Rumput" yang baru dipinda, kerja pemeliharaan padang rumput China telah mencapai hasil yang berkesan.
Setakat ini,China telah menjalankan sistem pemeliharaan padang rumput yang tegas, meningkatkan pengurusan simpanan rumput dan penggembalaan, keluasan padang rumput larang penggembalaan telah mencatat lebih 30 juta hektar. Selain itu, daya pencegahan bencana padang rumput menjadi tanah tandus juga telah ditingkatkan.
|