Agensi Berita Xinhua China melaporkan bahawa China akan melonggarkan kawalan kemasukan pasaran Bank asing, menyedarhanakan proses mengesahkan kemasukan badan kewangan modal asing dan mendorong perkembangan badan kewangan modal asing yang sah, selamat di China. Di samping itu, China juga akan merendahkan standart kemasukan syarikat kewangan milik kumpulan perusahaan, menyokong perkembangan korporat dan memperbaiki iklim pelaburan.
Suruhanjaya Kawalan dan Penyeliaan Industri Bank China mengumukan "Peraturan Pelaksanaan Kawalan terhadap Badan Kewangan Modal Asing" pada 3 Ogos dan akan dikuatkuasakan pada 1 September yang akan datang dan pada masa itu "Peraturan Pelaksanaan Kawalan terhadap Badan Kewangan Modal Asing" yang diluluskan pada 25 Januari tahun 2002 akan dibatalkan.
Pegawai suruhanjaya tersebut memaklumkan bahawa peraturan tersebut membatalkan penetapan lama tentang penubuhan cawangan bank asing mesti selangkah demi selangkah, membatalkan penetapan tentang permohonan lagi bagi penubuhan badan kewangan asing seharusnya dikemukakan selepas setahun permohonan pertama ditolak, permohonan baru, menyesuaikan penetapan tentang jumlah modal bank asing untuk memperluas urus niaganya dan sebagainya.
Pegawai suruhanjaya tersebut menyatakan bahawa kini terdapat lebih kurang 6000 kumpulan perusahaan di China yang meliputi pelbagai industri, antaranya banyak kumpulan perusahaan berharap menubuhkan syarikat kewangan sendiri. Akan tetapi, kawalan tentang penubuhan syarikat kewangan tersebut diamalkan ketat pada masa dahulu, kebanyakan perusahaan modal China dan asing susah mendapat kelayakan. Untuk mendorong perkembangan kumpulan perusahaan, peraturan baru tersebut merendahkan standart penubuhan syarikat kewangan dalam bidang modal, pendapatan urus niaga dan lain-lain.
|