Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Ketua Ekskutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Tung Chee-hwa semalam di bandar Guangzhou, bahagian selatan China memaklumkan bahawa pada masa ini, ekonomi Hong Kong pulih dengan cepat, dan akan mengatasi kemerosotan pada setengah tahun kedua tahun ini.
Tung Chee-hwa berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar di Hong Kong pada suku pertama tahun ini meningkat 6.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kadar pengangguran dikurangkan dari 8.7% ke 6.9%.
Tambah beliau, perdagangan luar dan pengedaran komoditi merupakan pendorong utama dalam pemulihan ekonomi Hong Kong.
|