|
Menurut Agensi Berita Xinhua China hari ini bahawa berdasarkan satu jangkaan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan China bahawa pada tahun ini, import eksport keluaran elektronik dan mesin China akan mencapai 600 bilion dolar Amerika, dan nisbahnya dalam jumlah keseluruhan perdagangan luar China juga akan meningkat.
Menurut maklumat Kementerian Perdagangan China bahawa sejak tahun ini, import eksport keluaran elektronik dan mesin China berkembang dengan sihat disebabkan permintaan pasaran antarabangsa terus meningkat dan kawalan makro ekonomi dalam negara China telah mencapai kesan awal.
Pada setengah tahun pertama tahun ini, import eksport keluaran elektronik dan mesin China meningkat lebih 44%, dan pertumbuhan yang pesat itu berjaya dikekalkan.
|