Menurut Harian Renminribao, wartawan dimaklumkan bahawa pada akhir bulan Mei, jumlah kapasiti penjanaan elektrik China telah melebihi 4 ratus juta kilowatt.
Difahamkan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, bekalan dan keperluan elektrik di China tidak seimbang. Pembangunan tenaga elektrik sejak tahun lalu sudah memasuki peringkat yang paling maju dalam sejarah dan juga merupakan negara yang satu-satunya melabur untuk menghasilkan generator penjanaan elektrik model sederhana dan besar berjumlah 20 juta kilowatt di seluruh dunia.
Menurut ramalan sektor berkenaan, pada 15 tahun akan datang, China perlu menambah kapasiti penjanaan elektrik berjumlah melebihi 5 ratus juta kilowatt, supaya dapat memenuhi keperluan tenaga elektrik.
|