Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-06 13:07:53    
China-Thailand Tandatangan Kenyataan Bersama Tingkatkan Kerjasama Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, China dan Thailand pada 5 Ogos di Bangkok menandatangani kenyataan bersama meningkat kerjasama teknologi maklumat dan kommunikasi .

Menteri Industri Teknologi Maklumat Dan Telekom China Wang Xudong yang sedang menyertai Sidang Menteri Telekom ASEAN dan China, Jepun, Korea Selatan (10+3), dan Menteri Komunikasi Dan Teknologi Maklumat Thailand Surapong Suebwong bagi pihak kerajaan masing-masing menandatangani kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kerjasama China dan ASEAN terus berkembang. Kedua-dua negara berharap mengambil kesempatan ini menetapkan hubungan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa hadapan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menetapkan mekanisme pertemuan peringkat menteri dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara itu.