|
Menurut berita CRI, Forum Teknologi Maklumat dan Komunikasi China-ASEAN ke-3 diadakan di Bangkok, Thailand hari ini. Pegawai-pegawai dari Kementerian Industri Teknologi Maklumat China dan 10 negara ASEAN menghadiri forum tersebut.
Dalam forum dua hari itu, para peserta akan membincangkan masalah infrastruktur Teknologi Maklumat serta keselamatan Internet dan Teknologi Maklumat.
Menteri Industri Teknologi Maklumat China Wang Xudong dalam forum tersebut menyatakan, China dan negara ASEAN terdapat dasar kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kementerian Industri Teknologi Maklumat China sangat menghargai dan mengutamakan hubungan kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara ASEAN dan sedia berusaha untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama dua hala dalam bidang Teknologi Maklumat.
|