Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-06 17:59:39    
Lawatan Belia dan Kanak-kanak Keturunan Cina ke Guangdong

Agensi Berita Xinhua China
Seramai lebih 160 orang belia dan kanak-kanak keturunan Cina dari A.S., Britain, Australia, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Brunei Darussalam berkumjung ke Provinsi Guangdong China pada penghujung Julai lalu untuk mencari asal usul nenek moyang mereka.

Provinsi Guangdong ialah kampung halaman perantau Cina yang terkenal, sejak tahun 1980, aktiviti perkemahan musim panas belia dan kanak-kanak keturunan Cina telah diadakan buat kali pertama di Kaiping, kampung halaman perantau Cina. Dalam tempoh 24 tahun yang lalu, perkemahan musim panas keturunan Cina bertema "menikmati kebudayaan China" sentiasa diadakan di provinsi itu. Berdasarkan statistik, jabatan urusan perantau China pelbagai peringkat Guangdong telah mengadakan perkemahan musim panas seumpama itu banyak lebih 300 kali, para peserta dari lebih 30 buah negara dan kawasan, jumlah mereka telah melebihi 10 ribu orang.

Keluarga Zheng Zheng berhijrah ke San Francisco A.S. ketika beliau berumur 4 tahun mereka berasal dari Guangzhou China, kampung halaman dalam ingatannya samar. Yang menggembirakannya beliau telah berjumpa rumah nenek moyangnya di desa Lianxing pekan Shuibu. Zheng Zheng berkata, rumah itu merupakan bekas tempat tinggal neneknya, melalui tingkap rumah itu beliau dapat melihat sawah ladang. Katanya nenek amat saying akan saya, ketika tinggal di A.S., beliau memperkatakan tentang kehidupannya di China. Sekarang saya diri berpeluang berkunjung ke rumah nenek saya, merasa lebih memahaminya dan lebih menyayangi beliau.

Sebelum menyertai aktiviti perkemahan musim panas itu, setiap peserta berusaha mencari tempat asal usul nenek moyang mereka, kemudian jabatan urusan perantau tempatan menyelenggarakan lawatan untuk mereka. Aktiviti perkemahan tahun ini dijalankan di puluhan desa di Taishan, Kaiping, Shenzhen dan Zhongshan.

Zhu Xiuying, keturunan Cina dari A.S. berkata, walaupun tidak dapat menemui nenek moyang, tetapi menjejah kaki di kampung halaman nenek moyang, minum air di kampung halaman dan bertemu dengan saudara mara amat bererti kerana darah saya sama dengan rakyat yang tinggal di sini.

Rombongan dari Britain kali ini terutamanya akan belajar memasak di kota Huizhou. Peserta rombongan itu Wu Jiahao berkata, walaupun di Britain mereka sering makan laut-pauk Guangdong, tetapi beliau sendiri tidak penah mencuba memasak, amat berminat belajar memasak di sini.

Selain itu, para peserta perkemahan musim panas juga telah melawat balai lukis Xiguan, Zon Industri Huangpu dan tempat-tempat yang lain serta menonton persembahan Wushu dan membuat tembikar dengan cara tradisional. Seorang peserta perkemahan itu berkata dulunya beliau selalu menonton tarian singa dalam filem Kongfu China, kali ini beliau telah menyaksikan dengan mata sendiri tarian singa, lebih bagus daripada apa yang disaksikan dalam filem.

Dalam rombongan yang menyertai aktiviti tersebut ada seorang tua yang rambutnya sudah menjadi putih, namanya Zheng Guohe, beliau ialah ketua rombongan sukarelawan sejak 10 tahun yang lalu. Setakat ini, setakat ini, Zheng Guohe pernah membantu lebih 100 orang belia keturunan Cina mencari asal usul nenek moyang mereka, beliau pernah pergi ke lebih 160 buah desa di lebih 20 pekan dan kota di kawasan Delta Sungai Mutiara.

Ketua Jabatan Perantau China Provinsi Guangdong, Lu Weixiong berkata, kebanyakan perantau China di negara asing sekarang adalah generasi ketiga atau keempat kumpulan penghijrah pertama, mereka tidak mempunyai sebarang bayangan terhadap China, tidak bertutur bahasa Mandarin dan tidak mengetahui kebudayaan China. Aktiviti tersebut dapat membantu belia keturunan Cina mengetahui kebudayaan tradisional China supaya mereka lebih memahami orang Cina.

Sebagai acara terakhir perkemahan itu, belia keturunan Cina bersama-sama dengan belia kota Guangzhou menyanyi dan menari di lapangan Universiti Perguruan Huanan China. Para belia keturunan Cina masing-masing mempersembahkan tarian, pembacaan puisi Dinasti Tang, Taiji dan Wushu yang baru dipelajar oleh mereka di China.

----Fidah