Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa kerana peristiwa serangan terhadap pemberita berturut-turut berlaku di Filipina baru-baru ini, pasukan polis Filipina semalam membuat keputusan mengizinkan pemberita membawa pistol sewaktu mewawancara di luar.
Menurut laporan pihak media Filipina semalam bahawa pasukan polis Filipina menetapkan peraturan bahawa sebelum membawa pistol, pemberita itu mesti menerima pemeriksaan kesihatan psikologi dan mengikuti pendidikan keselamatan tentang penggunaan pistol, dan mendapat keizinan daripada pihak polis.
|