Menurut Harian Renmin Ribao, berdasarkan makluamt Jabatan Hal Ehwal Ekspo Antarabangsa Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, pelbagai persiapan Ekspo China-ASEAN dilaksanakan dengan lancar.
Berdasarkan maklumat, permohonan tempat pameran dari sebanyak lebih 2000 perusahaan telah diterima oleh Jawatankuasa Penganjur. Pada masa ini, tempahan tempat pameran dilaksanakan dengan lancar, tempahan tempat pameran dalam bidang sains, teknologi, perubatan, kenderaan dan kerjasama ekonomi dan teknologi antarabangsa mencatat 100%; tempahan tempat pameran dalam bidang pelancongan, mesin dan elektronik mencatat 60%.
Ekspo China-ASEAN kali pertama akan dilaksanakan di Nanning Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi pada 3-6 November tahun ini dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan badan pengurusan ekonomi dan perdagangan negara ASEAN.
|