Tugas penting Jabatan pendidikan China ialah menjamin setiap kanak-kanak khususnya kanak-kanak miskin mendapat pendidikan. Kerajaan pelbagai peringkat China melaksanakan dasar menyediakan buku teks, peralatan pelajaran dan yuran sekolah percuma agar pelajar yang miskin mendapat manfaat daripada dasar itu.
Sejak tahun 1990-an?ramai penduduk di desa China mulai bekerja di bandar. Antaranya, ramai kanak-kanak tidak dapat bersekolah yang bersesuaian dengan umur mereka setelah berhijrah ke bandar bersama-sama keluarga mereka. Selain itu, sejumlah kanak-kanak di bandar dan desa menghadapi risiko tidak mempu meneruskan pelajaran mereka kerana masalah kemiskinan. Kerajaan pelbagai peringkat China sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak tidak mampu meneruskan pelajaran. Pada belasan tahun lalu, kerajaan pelbagai peringkat China dan pertubuhan kalangan rakyat menyumbang derma wang melaksanakan Projek Harapan dan Rancangan Chunlei yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak miskin belajar di sekolah di kawasan desa. Projek tersebut mencapai kejayaan besar. Pada masa ini, kerajaan pelbagai peringkat melaksanakan projek dasar buku teks, peralatan pelajaran dan yuran sekolah percuma terhadap pelajar yang miskin untuk menjamin lebih ramai kanak-kanak yang tidak mampu bersekolah menyelesaikan pelajaran mereka.
Kerajaan bandar Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan di bahagian barat daya China memperuntukkan 6 juta Yuan RMB sebagai wang bantuan khas kepada 20 ribu pelajar sekolah menengah rendah dan 5 ribu murid sekolah rendah. Encik Zhao Baosheng, petani yang sudah lama bekerja di bandar Kunming memberitahu wartawan,
"Kami bekerja di bandar Kunming. Kami menjual sayur-sayuran. Pada masa dahulu, yuran sekolah anak-anak berjumlah lebih seribu Yuan RMB setahun. Setelah dasar buku teks, peralatan pelajaran dan yuran sekolah percuma dilaksanakan, beban keluarga kami diringankan. Ini bermanfaat bagi kami."
Di samping itu, kerajaan bandar Kunming juga menuntut kerajaan kaunti dan kawasan lain yang di bawah pentadbirannya menyediakan bersama-sama peruntukan khas untuk meningkatkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan bantuan. Pegawai Jabatan Pendidikan bandar Kunming Encik Tian Weidong meyatakan,
"Jika dasar buku teks, peralatan pelajaran dan yuran sekolah percuma tidak dilaksanakan, ibu bapa kanak-kanak yang miskin tidak mampu membayar yuran sekolah dan buku teks, sehingga kanak-kanak tersebut tidak dapat belajar di sekolah. Sekarang, kerajaan memberi wang bantuan kepada mereka. Dasar ini mendapat sambutan orang ramai."
Ding Yawen yang berumur 10 tahun berhijrah ke bandar Beijing bersama-sama ibu bapanya pada beberapa tahun yang lalu. Dia dapat bersekolah dengan lancar sejak dua tahun yang lalu, dia berkata, "Di sini, guru kami menjaga kami bagaikan anak sendiri. Apabila kami sakit, guru kami mengingatkan kami makan ubat menurut jadual; Apabila kami sakit dan tidak hadir ke sekolah, guru kami mengajar kami pada masa lapang beliau."
Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Puan Gu Xiulian menyatakan,
"Kanak-kanak yang sentiasa berpindah randah mengikut keluarga harus mendapat hak survival, perlindungan, perkembangan dan penyertaan yang sama rata seumpama kanak-kanak yang lain. Seluruh masyarakat harus menumpukan perhatian terhadap kebajikan mereka."
----Ching
|