Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-09 15:08:44    
Kerajaan Shanghai Laksanakan Pembaharuan Pentadbiran

Agensi Berita Xinhua China

Kerajaan Bandar Shanghai melaksanakan pembaharuan pentadbiran dengan tujuan membentuk kerajaan yang "menyediakan perkhidmatan, bertanggungjawab dan melaksanakan pentadbiran di sisi undang-undang" agar kuasa pentadbiran kerajaan benar-benar dimiliki, digunakan dan diselia oleh rakyat.

Tindakan pembaharuan pertama ialah membentuk sistem jurucakap penerangan kerajaan. Pada bulan Jun tahun lalu, kerajaan Shanghai membentuk sistem jurucakap yang standard agar penduduk awam bandar Shanghai mengetahui maklumat kerajaan yang bersangkut paut erat dengan kehidupan rakyat yang diumumkan oleh jurucakap tersebut menerusi siaran TV, surat khabar dan internet dua minggu sekali. Kerajaan Shanghai merupakan kerajaan tempatan China pertama melaksanakan sistem jurucakap itu.

Dalam majlis taklimat, jurucakap juga memperuntukkan masa kira-kira setengah jam bagi wartawan tempatan dan luar negara mengemukakan pertanyaan. Walaupun isu-isu yang ditanya merupakan isu sensitif atau masalah tumpuan masyarakat, jurucakap itu tetap menjawab pertanyaan itu.

Disebabkan butiran maklumat yang diumumkan itu boleh dipercayai, banyak dan cepat, majlis taklimat kerajaan Bandar Shanghai telah menjadi sumber berita semasa yang penting bagi pihak media dalam dan luar negara. Berdasarkan statistik, laporan tentang majlis taklimat kerajaan Shanghai yang diberikan oleh pihak media bahasa Inggeris utama negara barat berjumlah kira-kira 300 ribu dalam tempoh setahun yang lalu, manakala laporan yang diberikan oleh pihak media Tanah Besar, Hong Kong dan Makau China berjumlah 30 ribu lebih.

Majlis taklimat menjadi tumpuan masyarakat. Pada hari kedua selepas majlis taklimat itu diadakan, jumlah jualan surat khabar meningkat dengan ketara, kadar pendengar yang mengikuti majlis taklimat itu melalui siaran langsung menerusi radio juga meningkat. Manakala jumlah pelayar laman web eastday untuk mengetahui maklumat tentang majlis taklimat kerajaan juga meningkat.

Sistem jurucakap merupakan bahagian komponen penting projek pembaharuan pentadbiran kerajaan Bandar Shanghai. Pada 1 Mei lalu, kerajaan Shanghai melaksanakan terlebih dahulu peraturan maklumat terbuka dalam lingkungan kerajaan tempatan peringkat provinsi China. Dalam peraturan itu dengan jelas ditetapkan, kebanyakan maklumat kerajaan harus diumumkan kepada rakyat kecuali beberapa maklumat rahsia negara. Saluran pengumuman maklumat kerajaan meliputi pengumuman warta kerajaan, surat khabar, majalah, laman web kerajaan, majlis taklimat, radio, TV dan lain-lain.

Untuk menjamin maklumat kerajaan benar-benar diumumkan, kerajaan bandar Shanghai terlebih dahulu mengutamakan 15 badan kerajaan yang maklumatnya merupakan maklumat tumpuan perhatian orang ramai yang berkaitan kepentingan penduduk awam seperti pendidikan, personel dan hartanah dan menuntut 15 badan kerajaan tersebut harus mengumumkan sebahagian maklumat kepada penduduk awam selepas 1 Mei.

Tindakan pembaharuan pentadbiran kerajaan bandar Shanghai menarik perhatian dan mendapat sambutan penduduk awam. Pada 1 Mei, hari pertama kerajaan Shanghai melaksanakan maklumat terbuka, jumlah pelayaran laman web pelbagai badan kerajaan yang menyediakan lebih 5500 maklumat kerajaan mencatat satu juta pelajar sehari. Angka itu mencatat 25 juta dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Datuk Bandar Shanghai Encik Han Zheng menyatakan, setelah melaksanakan sistem maklumat kerajaan terbuka, kerajaan Shanghai akan berusaha menjadikan kerajaan yang ada sekarang sebagai kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, cekap, bersih dan melaksanakan pentadbiran di sisi undang-undang.

----Ching