Presiden Universiti Peking, Xu Zhihong semalam di Beijing dalam Forum Presiden Universiti China dan Luar Negara menyatakan, setelah persiapan selama tujuh tahun, bermula pada tahun 2005, Universiti Peking akan berusaha untuk menjadi universiti terbaik di arena antarabangsa dalam jangka masa lebih 10 tahun akan datang.
Forum Presiden Universiti China dan Luar Negara Ke-2 diadakan di Beijing dari 4 hingga 10 Ogos. Tema forum kali ini ialah "Rancangan Strategik Pembangunan Universiti" dan "Penyelidikan Sains dan Penggunaan Hasil Penyelidikan Sains Dalam Pengeluaran" dan telah menarik presiden universiti dan pakar dari lebih 100 universiti terkenal di China dan luar negara menyertai forum itu.
|