Menurut berita CRI, seramai 5 ribu pakar dan pegawai psikologi dari lebih 80 buah negara dan kawasan di dunia pada 8 Ogos lalu bertemu di Beijing, menghadiri Persidangan Ilmu Psikologi Antarabangsa ke-28 selama seminggu.
Presiden Akademi sains China Lu Yongxiang dalam upacara perasmian berkata, diharap pakar psikologi dari dalam dan luar negara China melalui persidangan itu dapat meningkatkan pertukaran dan kerjasama dan memberi sumbangan untuk kemajuan peradaban manusia serta perdamaian, kestabilan dan pembangunan dunia.
|