Menurut Agensi Berita Xinhua China, pegawai Kedutaan Besar China di Filipina dan polis negara itu hari ini memaklumkan bahawa dua orang lelaki warga Filipina keturunan Cina telah diculik di Filipinan pada 7 Ogos .
Pihak polis semalam berkata bahawa 3 warga asing pada 7 Ogos malam telah diculik oleh sekumpulan anggota bersenjata ketika mereka tiba di sebuah perkampungan yang berdekatan bandar Cavite dengan memandu sebuah jip. Seorang berjaya melarikan diri, dan dua orang yang lain tidak diketahui di bawa ke mana.
Pegawai Kedutaan Besar China di Filipina selepas mengadakan penyiasatan yang rapi sebagai berkata bahawa dua orang yang diculik adalah warga Filipina keturunan Cina. Pengarah Biro Polis bandar Cavite Roberto Rosales juga mengesahkan keadaan tersebut.
|