|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pegawai Jabatan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing Negara China semalam memberi taklimat bahawa untuk meningkatkan kerja membanteras bank haram dan kegiatan menghalalkan wang haram transnasional, sektor pertukaran wang asing China telah menubuhkan badan kawalan klasifikasi untuk membanteras kegiatan menghalalkan wang haram.
Menurut taklimat itu, Jabatan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing Negara China akan mengambil langkah kawalan klasifikasi terhadap perusahaan dan individu.
|