Wartawan CRI melaporkan, jurucakap tentera Thailand hari ini berkata, Thailand mula mengundurkan tenteranya dari Iraq mengikut jadual.
Dimaklumkan, Thailand akan mengundurkan tenteranya dari Iraq secara berperingkat. Dijangka, proses pengunduran tentera itu akan berakhir pada penghujung bulan Ogos. Rancangan itu diawalkan daripada tarikh akhir pada 20 September yang ditetapkan dahulu. Setakat ini, kira-kira 20 orang askar dan beberapa kelengkapan senjata telah diangkut ke satu perkemahan tentera di Kuwait.
|