Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-10 15:41:24    
"Ekonomi Ekologi" Datangkan Faedah kepada Petani China

Agensi Berita Xinhua China
Encik Li Jianwang, petani provinsi Shandong telah menjual kepompong ulat sutera 115 kilogrem dan mendapat lebih 3 ribu yuan RMB, beliau amat gembira dan berkata pengeluaran ulat sutera telah memulihara kampung halaman kami dan juga mendatangkan faedah kepada petani.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China membimbing petani menjana ekonomi, serentak itu, amat mementingkan ialah membimbing mereka memulihara ekologi alam sekitar, di banyak tampat, "ekonomi ekologi" merupakan cara pencarian nafkah para petani.

Di daerah Dong Ying, kampung halaman Li Jianwang tersebut, kerajaan tempatan khusus melaksanakan "projek ekologi kampung halaman", iaitu mengembangkan penanaman pertanian tanpa pencemaran. Projek utama yang dilaksanakan oleh mereka termasuk: membina zon contoh ekologi pertanian yang seluas kira-kira 6667 hektar, pangkalan pengeluaran sutera seluas lebih 2667 hektar, hutan pengeluaran bahan kertas seluas lebih 2667 hektar, pangkalan pengeluaran kurma lebih 667 hektar dan pangkalan tembikai tanpa pencemaran seluas lebih 334 hektar.

Serentak itu, kerajaan tempatan itu mengeluarkan peruntukan bagi membina dan memperbaik lebih 70 buah pasar tani kecil dan sederhana.

Kaunti Lijin provinsi Shandong telah menambah penanaman pokok dan rumput untuk mengembangkan ekonomi ekologi. Di desa seperti pekan Xiaguan, ahli sains dan juruteknik memandu petani mengubah mutu tanah, memperbaik mutu benih, mengair secara menjimat air, menanam pokok dan lain-lain, tindakan itu telah meningkatkan taraf ekologi alam sekitar.

Kaunti Xinyang terletak di kawasan pusat Delta Sungai Kuning. Untuk memelihara pembangunan "ekonomi ekologi" berjalan dengan lancar, badan kerajaan telah menjalankan pengenalpastian tanpa pencemaran terhadap perusahaan pertanian dengan ketat, terutamanya mengembangkan perusahaan hijau misalnya pemprosesan sayur-sayuran, pemprosesan kepompong ulat sutera dan peternakan istimewa.

Di tempat termasuk kota Shouguang dan Changle di provinsi Shandong, ekonomi pertanian yang mengutamakan pengeluaran sayur-sayuran berkembang dengan skop besar, antaranya kota Shouguang menjual sayur-sayuran yang bernilai hampir 2 bilion yuan RMB setiap tahun. Pegawai Kaunti Xinyang, Tian Baoli berkata, "kami mengembangkan ekonomi ekologi bertujuan menghijaukan desa dan mendatangkan keuntungan kepada petani. Pada masa depan, kami juga akan menambah peruntukan dalam bidang sains, teknologi dan pemuliharan alam sekitar.