Menurut Agensi Berita Xinhua China, kerajaan dan tentera Filipina semalam masing-masing menyatakan menentang kenyataan Pulau Mindanao ialah "Syurga Pengganas" seperti yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Penyiasatan peristiwa "11 September" A.S.
Jurucakap Presiden Filipina Ignacio Bunye menyatakan bahawa penilaian terhadap Filipina dalam laporan tersebut telah ketinggalan zaman dan tidak berasas. Beliau berkata, Filipina telah melaksanakan tindakan antikeganasan sebelum peristiwa "11 September" dan telah menangkap beberapa ketua kumpulan keganasan seperti kumpulan penculikan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah.
|