Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-11 15:41:11    
Perusahaan Pengedaran Komiditi China Meningkat Dengan Cepat

cri
Perusahaan pengedaran komoditi telah meningkat dengan cepat ekoran pertumbuhan ekonomi China yang berterusan. Tokoh-tokoh perniagaan berpendapat bahawa perusahana pengedaran komoditi China sepatutnya meningkatkan taraf pembangunannnya, menurunkan kos pengeluaran, mengintensifkan kerjasama antarabangsa.

Konsep pengedaran komoditi yang baru telah diperkenalkan dari luar negara selepas dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China pada akhir tahun 1970-an. Perusahaan pengedaran komoditi China telah meningkat dengan cepat semenjak lebih 20 tahun lalu. China telah meningkat komoditi tahunan China sekarang dianggarkan bernilai kira-kira 30,000 bilion yuan Renminbi, Kecepatan peningkatan pengedaran komoditi lebih tinggi berbanding kecepatan peningkatan KDNK China dalam tempoh yang sama.

Kilang Bir Tsingtao yang terletak di provinsi Shandong di bahagian timur China merupakan sebuah perusahaan yang bersejarah seratus tahun. Kilang Bir Tsingtao juga merupakan perusahaan saham milik negara yang terkenal di seberang laut China selepas pembaharuan saham dilaksanakan pada tahun 1993. Syarikat pengedaran komoditi telah ditubuhkan setelah kilang itu kukuh dan mulai berurus niaga secara langsung di pelbagai tempat di China. Naib Pengarah Urusan Syarikat Bir Tsingtao Berhad encik Zhang Xueju berkata bahawa kami rugi lebih 100 juta yuan Renminbi selepas memperuntukan sejumlah besar pelaburan selepas setahun ditubuhkan. Kami berhasrat mencari rakan perniagaan dalam pengedaran komoditi yang mantap untuk bekerjsama dengan mereka. Kami bekerjasama dengan Syarikat pengedaran Komoditi promosi Hong Kong.

Menurut maklumat Syarikat Bir Tsingtao telah dapat mengawal kemerosotan pengedaran komoditinya selama 3 tahun dan hasilnya berjaya memperoleh keuntungan. Profesor Wang Derong, naib Pengarah persatuan Pengangkutan Lalu-Lintas China. Beliau berkata bahawa pengedaran komoditi merupakan pasaran ekonomi perkhidmatan internet, sama seperti perniagaan pengangkutan dan perusahaan tenaga elektrik. Struktur ekonomi sukar dibentuk jikalau tidak dilakukan melalui perkhidmatan internet. Oleh itu, hubungan antara persaingan dan kerjasama perlu dibentuk dalam proses perkhidmatan pengedaran komoditi tersebut. Ini bermakna pihak lawan persaingan juga berkemungkinan menjadi rakan kerjasama.

Profesor Wang menjelaskan bahawa sebuah syarikat pengedaran komoditi tidak berkemungkinan dapat menubuhkan pusat perkhidmatan di ratusan buah bandar di China. Sebuah syarikat pengedaran komoditi sepatutnya menjalinkan kerjsama dengan syarikat pengedaran komiditi lain agar dapat memainkan peranan sepenuhnya.

Syarikat kontena COSCOS Berhad merupakan salah sebuah perusahaan pengedaran komoditi China yang terbesar. Syarikat itu telah membuka lebih 20 laluan pengangkutan di seluruh dunia, berlabuh di lebih 100 buah pelabuhan dan perkhidmatan pengedaran komoditi yang sangat sibuk, kapten Hu Dongchun Syarikat itu berkata bahawa kapal syarikat mereka berlayar selama 56 hari untuk pergi dan balik. Kami mesti bertugas dalam waktu yang tetap sama seperti penjalanan kereta api dalam waktu yang standard. Kami berusaha mencipta jenama yang terkenal dalam pelbagai bidang.

Beliau berakta bahawa Syarikat Kontena COSCOS Berhad merupakan sebuah syarikat yang terkenal di dunia dalam bidang perkhdimatan dan reputasi. Terdapat lebih seribu buah pusat perkhidmatannya di seluruh dunia, antaranya lebih 30 buah pusat perkhidmatannya di China.

Menurut maklumat, terdapat banyak perusahaan yang sama seperti Syarikat Kontena COSCO di China. Perusahaan pengedaran komoditi dianggap sebagai perusahaan utama pertumbuhan ekonomi dan tumpuan pertumbuhan ekonomi baru. Kementerian Perdagangan China dan bahagian yang berkaitan telah memberikan sumbangan yang konkrit memajukan perniagaan tersebut. Pegawai Syarikat Shiping Maersk Berhad China salah sebuah kumpulan perkapalan terbesar di dunia memberitahu wartawan bahawa Syarikat Maersk berharap agar laluan pengedaran komoditi dapat diwujudkan antara syarikat transnasional dengan perusahaan-perusahaan China. Mereka berharap dapat mencari rakan kerjasama di China dan juga membantu beberapa syarikat transnasional mencapai kejayaan besar di China.