|
Seiring dengan hubungan antara China-ASEAN semakin hari semakin erat, tenaga profesional yang fasih bahasa ASEAN telah mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat China, semakin hari semakin ramai penuntut belajar bahasa Asia Tenggara. Sekarang kami mengadakan wawancara di Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing.
Pensyarah Gu Jiabin dari Jurusan Bahasa Kemboja Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing. Beliau pernah belajar di Universiti Diraja Phnom Penh Kemboja selama setahun pada tahun 2002. Pada tahun lalu, beliau tamat dari Jurusan Bahasa Kemboja Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing dan menjadi pensyarah di universiti tersebut.
Cikgu Gu Jiabin menyatakan, hubungan antara China-ASEAN semakin hari semakin erat dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tenaga profesional yang pandai bahasa negara-negara Asia Tenggara telah mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat, ramai rakan sekelasnya sekarang mendapat pekerjaan yang baik. Beliau berkata, "Kelas kami mempunyai 22 orang penuntut, selain saya dan seorang rakan saya menjadi pensyarah sekarang, 7 orang bekerja di Kementerian Luar Negeri, Agensi Berita Xinhua China dan Radio Antarabangsa China, 3 orang bekerja di perusahaan China di Kemboja, mereka bekerja dengan cemerlang."
Beliau berkata, oleh sebab Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing bersejarah lama, mempunyai banyak jurusan bahasa, dan merupakan pangkalan pengeluaran tenaga profesional yang fasih bahasa ASEAN, graduan dari jurusan bahasa ASEAN universiti itu telah mendapat sambutan yang baik.
Universiti Pengajian Bahasa Asing Beijing terletak di bahagian barat Bandar Beijing. Universiti itu mempunyai 14 institut dan fakulti. Fakulti Asia-Afrika mempunyai 7 jurusan bahasa ASEAN termasuk Kemboja, Myanmar, Vietnam, Thailand, Malayu, Indonesia dan Laos. Terdapat ratusan mahasiswa belajar bahasa dan budaya Asia Tenggara di fakulti tersebut. Para penuntut menonton TV dan membaca surat khabar di bilik kuliah dan membincangkan masalah tentang Asia Tenggara dengan pakar-pakar asing. Yang Liuqing, penuntut dari Jurusan Bahasa Myanmar berpendapat, pertukaran dan kerjasama yang semakin erat antara China dengan pelbagai negara ASEAN dalam bidang politik, ekonomi dan budaya akan menydiakan ruang yang lebih meluas kepada tenaga profesional yang fasih bahasa Asia Tenggara. Beliau berkata, "Sekarang, pengaruh ASEAN di arena antarabangsa semakin meningkat, hubungan antara China dengan pelbagai negara anggota ASEAN dalam bidang ekonomi, budaya dan lain-lain juga semakin erat. China sangat mementingkan hubungan dengan Myanmar dan negara anggota ASEAN yang lain. Graduan dari Jurusan Bahasa Myanmar juga boleh mendapat peluang kerja yang lebih banyak. Selain itu, saya juga sudi memberi sumbangan terhadap pertukaran dan kerjasama China-Myanmar dan meningkatkan hubungan kedua-dua negara tersebut.
Ketua Pengarah Fakulti Asia-Afrika Universiti itu Encik Feng Yupei berkata, oleh sebab hubungan China-ASEAN bertambah baik dalam tahun-tahun kebelakangan ini, permintaan masyarakat terhadap tenaga profesional yang fasih bahasa ASEAN juga turut meningkat. China telah meningkatkan usaha untuk memupuk tenaga profesional dalam bidang tersebut, jumlah penuntut di fakulti kami meningkat dan menyediakan banyak tenaga profesional yang bermutu tinggi kepada kerajaan pusat dan perusahaan. Beliau berkata, "Tenaga profesional dari fakulti kami mempunyai daya saing yang tinggi di kalangan masyarakat dan telah mendapat sambutan daripada kerajaan dan perusahaan. Pada tahun ini, terdapat lebih 90% graduan dari fakulti kami telah mendapat pekerjaan."
Beliau berkata, seiring dengan pelaksanaan kerjasama 10+1, pertukaran dan kerjasama antara China dan negara anggota ASEAN semakin meningkat, tenaga profesional yang fasih bahasa ASEAN mempunyai masa depan yang cerah.
Sekarang, China telah menubuhkan jurusan bahasa Asia Tenggara peringkat ijazah lanjutan di Guangzhou, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi dan Yunnan. Kementerian Pendidikan China pada tahun 2001 telah mengesahkan Fakulti Bahasa Asing Institut Etnik Guangxi China sebagai pangkalan pendidikan tenaga profesional bahasa ASEAN. Fakulti itu telah menyediakan 4 jurusan bahasa iaitu bahasa Kemboja, Vietnam, Thailand dan Laos. Pada April 2004, pangkalan pendidikan tenaga profesional bahasa dan budaya China-ASEAN telah ditubuhkan di Universiti Etnik Yunnan, ini bermakna China telah meningkatkan usaha untuk memupuk tenaga profesional bahasa dan budaya ASEAN agar menyediakan sumber tenaga yang penting terhadap perdagangan dan pertukaran budaya China-ASEAN.
Andika
|