Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-12 14:19:12    
Persiapan Sukan Olimpik Athens Selesai

CRI

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Athens, Puan Gianna Angelopoulos-Daskalaki pada 8 Ogos mengumumman: Athens menjadi tuan rumah semula Sukan Olimpik selepas tahun 1896, Athens sudah membuat persiapan!

Paun Gianna Angelopoulos-Daskalaki ketika membuat taklimat tentang kerja persiapan kepada Majlis Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkata, walaupun mengalami kesukaran, Athens sudah membuat persiapan penuh bagi menjayakan Sukan Olimpik 2004.

Encik Denis Oswald, Pengerusi Majlis Penyelarasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan, beliau mendapati ramai orang merungut terhadap persiapan Sukan Olimpik Athens. Tetapi usaha rakyat Greek demi menjayakan Sukan Olimpik adalah ketara dan meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai. Beliau berkata,

"Mungkin pada setahun yang lalu atau beberapa tahun yang lalu, orang ramai mensyaki bahawa sama ada Sukan Olimpik Athens dapat diadakan menurut jadual waktu? Tetapi saya sekarang berjanji, kerja persiapan Sukan Olimpik Athens sudah tamat, semua stadium sudah dibina dan Sukan Olimpik akan diadakan dengan lancar."

Wartawan kami telah menikmati suasana Olimpik yang meriah di Athens. Di mana-mana tempat digantung tanda "Welcome Home", ini mengingati orang ramai bahawa Athens merupakan tempat asal Olimpik. Jawatankuasa Penganjur Olimpik Athens juga membuka laluan Olimpik antara stadium utama dan menjamin para atlet tiba di destinasinya tepat pada waktu.

Masalah keselamatan merupakan titik berat Sukan Olimpik Athens kali ini. Pihak polis Athens telah menempatkan seramai 70 ribu orang polis. Selain itu, NATO juga menghantar tujuh kapal perang dan sebuah kapal selam untuk meronda di kawasan perairan berdekatan Athens. Ruangan udara di Athens diumumkan sebagai kawasan larangan terbang, sebuah kapal udara terbang di ruang udara Athens apabila Sukan Olimpik diadakan untuk menjamin Sukan Olimpik diadakan dengan lancar dan selamat.

Skop dan taraf pembinaan Perkampungan Olimpik mencerminkan sama ada Sukan Olimpik itu berjaya atau tidak. Perkampungan Olimpik Athens terletak di barat laut bandar Athens, peruntukan perkampungan Olimpik itu berjumlah 397 juta dolar Amerika dan ia meliputi seluas 1.24 juta meter persegi. Dalam perkampungan Olimpik itu terdapat kantin, pusat riadah, pusat mesyuarat, pusat agama, klinik dan lain-lain. Para atlet dan pegawai dari seluruh dunia beransur-ansur datang ke sana.

Ketua Perkampungan Olimpik, Loannis Manos menyatakan, Perkampungan Olimpik menyediakan kemudahan dan perkhidmatan agama dan kehidupan kepada para atlet. Beliau menambah, semua tukang masak dalam Perkampungan Olimpik tersebut sudah menjalani latihan pada setengah tahun lalu supaya menjamin semua atlet menikmati masakan yang sedap. Beliau berkata,

"Ketetapan Perkampungan Olimpik teratur. Kami telah mengambil tindakan dalam bidang keselamatan dan latihan atlet. Kami dengan kali pertama membina stadium latihan dalam Perkampungan Olimpik untuk memudahkan atlet berlatih."

Pasukan gimnastik China merupakan pasukan yang paling awal tiba di perkampungan Olimpik antara kontinjen China. Ketua Jurulatih Pasukan Gimnastik Wanita China, Lu Shanzhen menyatakan, para atlet berpuas hati terhadap persiapan Sukan Olimpik kali ini. Beliau berkata,

"Kami sudah tinggal di sini dua hari. Persekitaran hidup dan latihan amat baik."

Setelah mendengar laporan pihak Athens, Jacqhes Ragge, Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berasa lega hati kerana persiapan Sukan Olimpik Athens sudah tamat. Beliau berharap Athens dapat menjamin Sukan Olimpik dijalankan dengan baik.