Menurut CRI, pada pukul 8 malam 12 Ogos lalu, ribut taufan ke-14 tahun ini "Rananim" melanda bandar Wenling Provinsi Zhejiang, di bahagian timur China. Menurut statistik pada pukul 12.00 tengah malam 12 Ogos, ribut taufan "Rananim" telah menyebabkan 63 orang maut, 15 orang hilang dan lebih 1800 orang cedera.
Pusat Kawalan Banjir dan Kemarau China semalam mengeluarkan pemberitahuan menuntut kerajaan Provinsi Zhejiang, Fujian dan Jiangxi membuat persiapan untuk menghadapi ribut taufan tersebut.
Seorang pegawai Observatorium Provinsi Zhejiang berkata, taufan itu memasuki provinsi Jiangxi pada tengah hari 13 Ogos.
|