Pembinaan stadium yang berbentuk "Sarang Burung" iaitu stadium utama Sukan Olimpik Beijing 2008 telah dihentikan untuk sementara, ia telah menarik perhatian pelbagai kalangan. Dalam sidang akhbar yang diadakan di Athens semalam, Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Jingmin telah memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Beliau berkata, pembinaan stadium Sukan Olimpik Beijing dijalankan dengan lancar.
Beliau menambah, projek Sukan Olimpik merupakan projek yang amat besar, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing menyusun semula projek itu adalah tindakan yang wajar.
"Keputusan penilaian terkini ialah: reka bentuk keseluruhan stadium Sukan Olimpik Beijing tiada masalah, kami harus menyusun semula beberapa stadium untuk menjimatkan wang di samping memenuhi tuntutan acara pertandingan. Kami akan mengkaji bagaimana menggunakan sumber yang sedia ada dengan baik, bagaimana membina stadium sesuai dengan acara pertandingan dan digunakan pada masa depan." Kata Liu Jingmin.
Liu Jingmin berkata, peruntukan pembinaan stadium baru Sukan Olimpik Beijing berjumlah 1.6 hingga 2 bilion dolar Amerika dan peruntukan itu tidak berubah hingga kini.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada awal tahun ini telah mengemukakan "rancangan penjimatan Sukan Olimpik untuk membolehkan lebih banyak negara berkemampuan menyelenggaraan Sukan Olimpik. Liu Jingmin berkata,
"Konsep itu selaras dengan prinsip penyelenggarakan Sukan Olimpik Beijing iaitu menjimatkan wang."
Liu Jingmin menyatakan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan menimba pengalaman Athens kali ini. Beliau menyanjung tinggi usaha Athens dapat membina sejumlah besar stadium dalam jangka masa yang pendek. Beliau berkata, Beijing akan menjayakan Sukan Olimpik 2008 dengan sedaya upaya.
|