|
Menurut berita CRI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) semalam di Geneva mengeluarkan kenyataan mengesahkan 3 warga Vietnam mati akibat penyakit selesama burung.
Dalam kenyataan tersebut dinyatakan bahawa 3 kes tersebut dikesan di dua provinsi Vietnam, mereka mati dalam tempoh 30 Julai hingga 3 Ogos. Difahamkan, WHO sangat bimbang virus penyakit selesema burung bervariasi dan menjadi virus baru yang boleh merebak di kalangan manusia.
|