Menurut Harian Tibet China, Wilayah Autonomi Tibet China dalam tahun-tahun kebelakangan ini menaruh perhatian untuk mewarisi dan mengembangkan perubatan tradisional Tibet. Perubatan tradisional Tibet telah berkembang pesat dan mencapai kemajuan.
Dimaklumkan, sekarang terdapat 22 perusahaan di Tibet mengeluarkan ubat tradisional Tibet, jumlah ubat jadi tradisional Tibet yang dikeluarkan oleh perusahaan itu mencapai lebih 360 jenis, jumlah nilai keluarannya mencapai 270 juta Yuan RMB. Perkhidmatan perubatan tradisional Tibet sudah meliputi seluruh Tibet.
|