Menurut laporan Agensi Berita Xinhua China, dasar kawalan makroekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat China pada setengah tahun pertama tahun ini telah mencapai kejayaan dan dasar itu akan dikekalkan lagi untuk mewujudkan perkembangan ekonomi China yang pesat dan stabil.
Kerja utama bagi kerajaan China dalam usaha menjana ekonomi pada enam bulan terakhir tahun ini sebagai berikut,
Pertama, mengembangkan industri pertanian dengan bersungguh-sungguh, agar pendapatan kaum tani dapat ditingkatkan. Pendapatan kaum tani bertambah dengan banyak dalam tempoh 8 tahun yang lalu berikutan pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan China untuk menggalakkan industri pertanian, antaranya mengurangkan cukai pertanian. Namun begitu, sokongan dan peruntukan perlu terus diberikan oleh kerajaan pelbagai peringkat bagi meningkatkan pendapatan kaum tani.
Kedua, mencegah pertumbuhan pelaburan yang terlalu pesat untuk menyempurnakan struktur pelaburan secara berterusan. Pertumbuhan pelaburan aset tetap yang terlalu pesat semakin menjadi masalah yang menonjol dalam pengoperasian ekonomi dan juga merupakan masalah yang perlu diselesaikan melalui tindakan kawalan makroekonomi.
Ketiga, terus mendorong pembaharuan sistem ekonomi. Melaksanakan pembaharuan sistem pelaburan dengan bersungguh-sungguh merupakan kerja utama dalam usaha pembaharuan ekonomi pada setengah tahun kedua tahun ini. Di samping itu, kawalan dan pemantauan terhadap pelaburan juga perlu ditingkatkan dan disempurnakan untuk mengelakkan pelaburan yang tidak bijak.
Keempat, melaksanakan usaha pengambilan kerja dan jaminan sosial dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Pada setengah tahun pertama tahun ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 5 juta 900 ribu orang di bandar dan pekan seluruh China, jumlah itu mencapai 65% daripada matlamat yang ditetapkan pada tahun ini.
|