Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-16 15:30:14    
Pengenalan tentang Perkembangan Agama Islam di Pekan Fenghuang, Bandar Sanya, Provinsi Hainan China

CRI
Pekan Fenghuang, Bandar Sanya, Provinsi Hainan merupakan perkampungan Islam yang terletak di bahagian paling selatan di China. Umat Islam di Bandar Sanya berjumlah lebih 7 ribu orang. Mereka terutamanya tinggal di kampung Huihui dan Kampung Huixin di Pekan Fenghuang. Agama Islam tersebar di Pulau Hainan China melalui Jalan Sutera Laut pada kira-kira seribu tahun yang lalu, dan jarang dipengaruhi oleh faktor luar disebabkan lokasinya terpencil iaitu bahagian paling selatan di pulau tersebut.

Seiring dengan usaha China meningkatkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu, Pekan Fenghuang juga beransur-ansur meningkatkan pertukaran agama Islam dengan luar negara. Encik Pu Guanlian, Naib Ketua Pekan Fenghuang memaklumkan, "Sejak tahun 1994, pertubuhan agama Islam di Pekan Fenghuang Bandar Sanya semakin meningkatkan pertukaran dengan negara asing khususnya dengan negara Arab termasuk Saudi Arab, Iran, Kuwait dan Syria. Kami pernah menghantar pelajar melanjutkan pelajaran di negara-negara tersebut, antaranya paling ramai belajar di Saudi Arab."

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan ekonomi Bandar Sanya menjadi semakin makmur, agama Islam juga dapat berkembang di Pekan Fenghuang. Kehidupan beragama umat Islam tempatan amat diperbaiki.

Pada masa ini, terdapat 6 buah masjid dan 3 masjid perempuan di Pekan Fenghuang. Ini bermakna hampir seribu orang mempunyai satu masjid pada puratanya.

Masjid Beidasi yang terletak di Kampung Huihui, Pekan Fenghuang dibina pada tahun 1993. Imam masjid tersebut Encik Yang Zihua berumur 28 tahun, dan merupakan sarjana yang berpengetahuan luas dalam bidang agama Islam. Beliau pernah belajar di Institut Agama Islam di Provinsi Henan, Gansu dan Wilayah Autonomi Ningxia China, dan melanjutkan pelajaran di Iran pada tahun 1999. Beliau berkata, "Setelah menamatkan pengajian, saya berpendapat saya harus bertugas di kampung halaman sendiri dan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat tempatan. Tugas utama saya ialah: menyebarkan agama Islam kepada rakyat, menjelaskan apa yang halal dan apa yang tidak halal. Selain itu, saya juga mengajar penduduk tempatan bahasa Arab."

Seperti Encik Yang Zihua, terdapat seramai lebih 20 orang muda yang kembali ke negara China setelah menamatkan pengajian di negara Arab. Mereka bertugas sebagai Imam dan bersedia menyebarkan agam Islam di Bandar Sanya.

Seiring dengan peningkatan pendapatan rakyat, terdapat ramai penduduk dapat mewujudkan hasrat mereka iaitu menunaikan ibadat haji ke Mekah atas bantuan kerajaan tempatan. Encik Pu Guanlian, Naib Ketua Pekan Fenghuang memaklumkan, "Dari tahun 1994 hingga sekarang, terdapat seramai lebih 164 penduduk di sini telah menunaikan ibadat haji ke Mekah, dan pada setiap tahun, jumlah orang yang pergi menunaikan ibadat haji semakin meningkat. Terdapat 49 orang penduduk tempatan telah pergi menunaikan ibadat haji pada tahun lalu. Umat Islam di sini mementingkan ibadat ke Mekah. Mereka dapat mewujudkan hasrat itu disebabkan dasar keutamaan etnik minoriti yang dilaksanakan oleh kerajaan China."

----AZMI