Sejak musim bunga pada tahun ini, penduduk di kawasan sekitar bandar Beijing dan Tianjin mendapati bahawa kejadian ribut pasir berkurangan berlaku berbanding beberapa tahun yang lalu, ini bermakna pembangunan dan pemuliharaan ekologi alam sekitar yang dilaksanakan di kawasan sekitar bandar Beijing dan Tianjin, khususnya di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China mencapai kejayaan, ekologi alam sekitar yang buruk itu telah dapat dikawal pada tahap yang lebih baik. Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China Encik Hu Richa semasa diwawancara oleh wartawan baru-baru ini menyatakan, ekologi alam sekitar yang buruk di seluruh wilayah itu akan dapat diperbaiki pada tahun depan berdasarkan pembangunan dan pemuliharaan ekologi alam sekitar yang dilaksanakan dalam tempoh enam tahun yang lalu.
Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China merentas kawasan bahagian timur laut, bahagian utara dan bahagian barat laut, sejauh kira-kira 180 kilometer dari bandar Beijing dan Tianjin. Cuaca di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam kering, jarang hujan, angin bertiup kencang dan berpasir, tambahan pula faktor aktiviti manusia seperti penebangan hutan yang berlebihan, tanah diteroka secara haram dan aktiviti penternakan yang berlebihan sehingga ekologi alam sekitar di padang rumput semakin memburuk dari setahun ke setahun. Beberapa kawasan tiupan angin dan pasir utama telah menjejaskan cuaca di bandar Beijing dan Tianjin.
Untuk mencegah ekologi alam sekitar yang buruk di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, kerajaan China telah melaksanakan lapan projek pembangunan dan pemuliharaan ekologi alam sekitar utama sejak tahun 1998 di sana. Projek-projek tersebut meliputi projek memulihara tanah pertanian dengan menanam semula pokok, memulihkan padang rumput dengan tidak melaksanakan aktiviti penternakan, projek kawalan di kawsan tiupan angin dan pasir yang menjejaskan cuaca di bandar Beijing dan Tianjin dan projek perlindungan sumber hutan asli. Setelah pelaksanaan kawalan secara besar-besaran dilaksanakan dalam tempoh enam tahun, keluasan tanah yang menjadi padang pasir berjaya dikawal di seluruh wilayah autonomi itu sekitar kira-kira 133 juta hektar dan mencapai kejayaan yang ketara. Menurut statistik badan kaji cuaca wilayah autonomi itu, jumlah berlakunya ribut pasir di kawasan itu berkurangan kepada empat kali pada tahun 2003 daripada 20 kali pada tahun 2002, dijangka jumlah berlakunya ribut pasir akan terus berkurangan pada tahun ini.
Walaupun demikian, terdapat kira-kira 420 juta hektar tanah yang telah dan akan menjadi padang pasir masih belum dikawal sepenuhnya di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, sehubungan dengan itu, misi kawalan dan perlindungan ekologi alam sekitar tetap menghadapi kesukaran. Kerajaan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China merancang untuk mengawal tanah menjadi padang pasir dan kawasan tandus dan hakisan tanah seluas 66.7 juta hektar pada tahun 2005, melindungi dan membangunkan padang rumput seluas 80 juta hektar sehingga kadar liputan kawasan hijau di seluruh wilayah autonomi itu mencatat 18.5%, memulihara ekologi alam sekitar yang semakin buruk, khususnya mencegah berlakunya ribut pasir.
----Ching
|