Persatuan Pengguna Provinsi Helongjiang China baru-baru ini mengumumkan bahawa tiga antara 10 kes penting yang melibatkan perlindungan hak dan kepentingan pengguna yang diuruskan oleh persatuan itu pada tahun 2003 adalah berkaitan dengan peralatan produksi pertanian menyebabkan kepentingan para petani terjejas mendapat ganti rugi sewajarnya dari pihak yang berkaitan. Ini bermakna kesedaran kaum tani untuk melindungi hak dan kepentingan mereka semakin meningkat.
Pengarah Bahagian Perlidungan Hak dan Kepentingan Pengguna Biro Perindustrian dan Perdagangan Provinsi Heilongjiang Encik Wang Lin menyatakan, kebanyakan pengguna yang memaklumkan kepada badan itu kerana kepentingan mereka terjejas adalah penduduk di bandar, akan tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah kaum tani yang memaklumkan kepada badan itu apabila kepentingan mereka terjejas telah meningkat dengan ketara. Pada tahun yang lalu, 10% daripada 60 ribu kes tentang kepentingan pengguna terjejas yang diuruskan oleh badan perindustrian dan perdagangan Provinsi Heilongjiang adalah kaum tani.
6 keluarga petani di bandar Fujin Provinsi Heilongjiang yang membeli dan mengguna racun perosak pada tahun 2003 telah mengakibatkan rumput dan tanaman di ladang mereka rosak keseluruhannya. Setelah disiasat dan diselesaikan oleh Persatuan Pengguna, para tani tersebut mendapat wang ganti rugi sebanyak 18 ribu Yuan RMB.
Menurut kajian pengguna dan kepenggunaan di desa di seluruh negara yang dilaksanakan oleh Persatuan Pengguna China pada bulan April hingga Ogos tahun 2003, kesedaran pengguna di desa untuk melindungi hak mereka banyak meningkat, 80% ke atas pengguna di desa mengetahui tentang "Hak dan Hari Pengguna 15 Mac", kira-kira 79% pengguna di desa memaklumkan kepada persatuan pengguna atau mengambil tindakan yang sewajarnya apabila kepentingan mereka terjejas, lebih 70% pengguna mengetahui tentang hak dan kepentingan mereka dalam bidang kepenggunaan dapat diselesaikan melalui "rundingan dan persepakatan dengan pihak yang berkaitan" atau "meminta Persatuan Pengguna untuk menyelesaikannya."
Pegawai Persatuan Pengguna Bandar Haerbin Chinam, Puan Sun Li menyatakan, pendapatan tahunan kaum tani bersangkut paut erat dengan kualiti peralatan produksi pertanian mereka, sebarang jejasan terhadap konsumsi kaum tani akan mengakibatkan hasil tuaian pertanian tahunan mereka akan berkurangan atau musnah secara keseluruhan, bahkan mengakibatkan mereka mengalami kerugian pada tahun itu. Pelbagai badan sedang bekerjasama untuk membantu kaum tani dan pedagang menyelesaikan persengketaan mereka dan memperkenalkan peraturan dan undang-undang agar kesedaran kaum tani untuk melindungi hak dan kepentingan sendiri meningkat.
Badan Perindustrian dan Perdagangan Negara sentiasa mengutamakan kerja membanteras dan memantau pedagang tidak menjejaskan kepentingan kaum tani dengan menjual peralatan produksi pertanian yang berkualiti rendah dan memasarkan barangan berjenama palsu secara haram, menjatuhkan hukuman keras terhadap mereka yang berurus niaga tanpa permit, menjual peralatan produksi pertanian yang berkualiti rendah memberi pinjaman wang kepada kaum tani dan memaksa mereka menggadaikan peralatan produksi pertanian kepada pihak tersebut.
Pada tahun ini, Persatuan Pengguna China akan melaksanakan beberapa aktiviti yang bertema "Kepercayaan, melindungi hak dan kepentingan kaum tani di desa", mengadakan siasatan terhadap perniagaan peralatan produksi pertanian, mengadakan ujian perbandingan baja kimia, menyediakan "Risalah Undang-undang Hak Pengguna" untuk kaum tani agar kesedaran mereka melindungi hak dan kepentingan semakin meningkat.
----Ching
|