Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-16 14:29:21    
Kenaikan Harga Minyak Akan Lambatkan Pertumbuhan Ekonomi

Agensi Berita Xinhua China
Baru-baru ini, harga minyak pasaran dunia selalu berubah, harga minyak pasar New York telah melebihi 46 dolar Amerika setong pada 13 Ogos. Harga minyak yang tinggi telah melakhirkan pengaruh kepada pasaran Asia, tekanan inflasi bagi banyak negara dan kawasan Asia telah ditingkatkan. Pertumbuhan ekonomi Asia mungkin akan menjadi perlahan.

Penganalisis berpendapat bahawa walaupun ekonomi Asia sekarang telah menghadapi pengaruh harga minyak yang tinggi, tetapi jika harga minyak terus naik, bank pusat pelbagai negara dan kawasan Asia akan terpaksa meningkatkan kadar faedah untuk mengawal inflasi. Maka, sama ada ekonomi Asia boleh mencapai kadar pertumbuhan 7% yang dijangka oleh Bank Pembangunan Asia atau tidak tidak boleh ditentukan.

Oleh sebab harga minyak naik, negara ASEAN, Korea Selatan dan India yang terlalu bergantung kepada minyak yang diimport, maka inflasi di negara tersebut ditingkatkan. Menurut statistik, pada Julai yang lalu, indeks harga penggunaan Korea Selatan dan Filipina masing-masing meningkat 4.4% dan 6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Indeks harga penggunaan India pada Julai telah bertambah 7.5% .

Kenaikan harga minyak menyebabkan harga minyak yang diimport dari pelbagai negara dan kawasan Asia meningkat. Oleh sebab harga minyak dan produk yang diperbuat daripada minyak naik, kos pengeluaran perusahaan bertambah, keuntungan yang diperoleh berkurangan. Para pengguna juga terpaksa mengurangkan belanja dalam bidang lain kerana belanja pengangkutan bertambah. Isu tersebut akan menyekat pertumbuhan ekonomi.

Pakar Bank Asia sudah mulai menjangka keadaan ekonomi mungkin muncul di pelbagai negara Asia selepas harga minyak naik kepada 50 dolar Amerika setong. Penganalisis ekonomi utama Bank Asia berpendapat bahawa kenaikan minyak mungkin membuatkan Jawatankuasa Rizeb Persekutuan A.S. akan menaikkan kadar faedah, melambatkan pertumbuhan ekonomi A.S., ini akan mempengaruhi eksport Asia kepada A.S.. Beliau menunjukan bahawa jika harga minyak mencapai 50 dolar Amerika setong, kadar pertumbuhan ekonomi kawasan Asia pada tahun 2005 akan menunrun 1.1% berbanding jangkaan dulunya.

Setakat ini, pelbagai negara dan kawasan Asia masih belum mengambil tindakan istimewa untuk mengurus masalah kenaikkan harga barangan akibat kenaikan harga minyak. Kerajaan pelbagai negara dan kawasan Asia juga mengambil sikap yang berhati-hati tetapi optimis terhadap pertumbuhan ekonomi pada setengah tahun kedua tahun ini.