|
Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa media massa Thailand melaporkan, 2 orang pedagang China cedera ditembak oleh anasir bersenjata yang tidak diketahui identitinya di Provinsi Narathiwat, bahagian selatan Thailand petang semalam.
Pada masa ini, 2 orang pedagang tersebut selamat.
Pihak polis Thailand memaklumkan kira-kira pukul 2 petang semalam, 2 orang pedagang lelaki China yang menjual barangan di Kaunti Rangae, Provinsi Narathiwat, tiba-tiba diserang oleh 4 orang anasir bersenjata yang menaiki motosikal yang melepaskan tembakan sehingga mencederakan mereka.
Dimaklumkan Konsulat China di Selatan Thailand telah menghantar pegawai ke hospital hari ini untuk menyampaikan simpati kepada kedua-dua mangsa tersebut.
|