Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-17 11:06:37    
Malaysia Sahkan Tiada Kuman Anthrax Dalam Surat Yang Diterima Oleh Kedutaan A.S. Di Malaysia

CRI
Menurut berita CRI, pada 16 Ogos, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata menurut siasatan awal pihak polis disahkan tidak ada kuman anthrax dalam surat yang diterima oleh kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia. Pada hari yang sama pihak polis Malaysia sudah meningkatkan tindakan terhadap keselamatan di Kedutaan tersebut.

Menurut Bernama, Kedutaan A.S. di Malayasia telah menerima sepucuk surat yang mengandungi bahan yang tidak dikenal pasti, pihak polis Malaysia diarahkan segera ke kedutaan tersebut sebaik sahaja diberitahu dan sudah menyiasat bahan dalam surat itu. Sekarang kakitangan dan diplomat kedutaan A.S. telah bertugas semula dengan lancar.