Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-18 15:34:54    
Singapura akan Pasang Sistem Pertahanan Peluru Berpandu dalam Kapal Terbang

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan dan Pertahanan Singapura, Tan Keng Yam semalam menyatakan, Singapura bercadang memasang sistem pertahanan peluru berpandu dalam kapal terbang.

Berita Asia Singapura malam semalam melaporkan bahawa Tan Keng Yam menyatakan, Singapura akan mengkaji sistem pertahanan peluru berpandu yang boleh ditempatkan dalam kapal terbang awam dalam tempoh setahun setengah akan datang untuk menangkis serangan yang ditujukan ke arah kapal terbang Singapura.

Beliau menambah, Singapura sedang bekerjasama dengan negara jiran dan A.S., Jepun serta India untuk menjamin keselamatan di kawasan perairan Singapura.