Badan pendidikan China sedang menjalankan pembaharuan kuliah sekolah menengah dan rendah di seluruh China. Dalam pembaharuan itu, pendidikan pengetahuan alam sekitar akan ditingkatkan, tujuannya adalah untuk mengajar pengetahuan pemuliharaan alam sekitar kepada kanak-kanak supaya mereka mempunyai kesedaran alam sekitar dan konsep pemuliharaan alam sekitar.
Mulai dari tahun 2001, Kementerian Pendidikan China telah mengeluarkan "panduan pelaksanaan pendidikan pengetahuan alam sekitar di sekolah menengah dan rendah.
Panduan tersebut telah mengeluarakan teori pendidikan pengetahuan alam sekitar, sasaran dan isi kandungan pelajaran, cara pelaksanaan dan penilaian; dan menetapkan sekolah menengah dan rendah seluruh China mesti menjalankan 4 kali kuliah tentang alam sekitar setiap tahun, serentak itu dalam mata pelajaran sains, biologi, geografi, matematik, sastera, muzik dan lukisan menambah isi kandungan tentang pengetahuan alam sekitar.
Penyelidik Institut Mata Pelajaran Kementerian Pendidikan China, encik Ding Raoqing berkata, mata pelajaran pendidikan alam sekitar menggalakkan penyertaan para pelajar, mendapati masalah dalam kehidupan dan mengambil tindakan yang sedapat mungkin memperbaiki alam sekitar.
Untuk menyebabkan jabatan pelbagai peringkat dan sekolah melaksanakan panduan tersebut dengan baik, pada cuti musim panas ini, Kementerian Pendidikan China telah mengadakan kursus pendidikan alam sekitar di sekolah menengah dan rendah, seramai lebih 80 orang guru dari pelbagai tempat China mengikuti kursus itu.
Encik Lang Shengxin dari provinsi Hubei, beliau menyatakan bahawa provinsi Hubei sudah menjalankan pendidikan alam sekitar terhadap pelajar sekolah menengah dan rendah serta mementingkan pendidikan konsep pemuliharaan alam sekitar. Misalnya, membiarkan pelajar bandar menjalankan tinjauan dan ujian terhadap penghiasan rumah, menggalakkan mereka memaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya mengurangkan bahan yang memburukkan alam sekitar; menjalankan pendidikan tentang "sayur hijau" terhadap pelajar desa, memberitahu mereka tentang "sayur hijau", bila menggunakan racun perosak dan menggunakan apa jenis racun perosak yang lebih baik. Pendidikan tersebut telah mengerahkan keaktifan pelajar menyertai pemuliharaan alam sekitar.
|