Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-18 10:48:17    
Dinasti Shang Zaman Purba China

CRI

Menurut pakar sejarah China, Dinasti Xia dianggap sebagai dinasti yang paling awal pada zaman purba China. Akan tetapi, bahan sejarah tentang Dinasti Xia merupakan catatan yang ditulis oleh sarjana pada dinasti-dinasti selepasnya dan sampai sekarang masih belum dapat dibuktikan melalui penemuan arkeologi. Dalam penemuan arkeologi, para sarjana telah mendapat banyak bahan yang membuktikan bahawa Dinasti Shang, dinasti selepas Dinasti Xia merupakan dinasti yang paling awal dalam sejaran China yang dikesan perkataan purba China. Sekarang saya perkenalkan Dinasti Shang pada zaman purba China.

Dinasti Shang didirikan pada abad ke 16 sebelum Masihi dan lenyap pada abad ke 11 sebelum Masihi, sejarah dinasti itu selama 600 tahun. Dinasti Shang pernah banyak kali memindahkan ibu negaranya dan ibu negara terakhir Dinasti Shang ialah Bandar Yin yang berhampiran dengan Bandar Anyang Provinsi Henan di tengah China. Penemuan arkeologi membuktikan bahawa kebudayaan pada masa awal Dinasti Shang telah berkembang, bukti utamanya ialah perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura dan tulang binatang dan perkataan yang dipahat pada barang tembaga.

Penemuan perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura dan tulang binatang adalah secara kebetulan. Pada awal abad ke 20, petani Kampung Xiaotun di sebelah barat laut Bandar Anyang Provinsi Henan menjual tulang kura-kura dan binatang yang dipungut untuk dijadikan sebagai bahan ramuan ubat. Ada pakar mendapati terdapat perkataan purba yang dipahat pada kulit kura-kura dan tulang binatang tersebut. Seterusnya lebih banyak kulit dan tulang seumpama itu telah ditemui. Sarjana China memastikan bahawa perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura dan tulang binatang tersebut adalah perkataan yang wujud pada zaman Dinasti Shang dan Kampung Xiaotun adalah tempat peninggalan ibu kota Dinasti Shang Yinxu yang tercacat dalam buku sejarah.

Penemuan Yinxu merupakan penemuan paling penting dalam bidang arkeologi China pada abad ke 20, semenjak tahun 1928, sejumlah besar artifak berharga antaranya perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura dan tulang binatang dan barang tembaga telah ditemui di sana.

Pada Dinasti Shang, raja mesti melakukan penelahan sebelum menjalankan perkara yang penting, kulit kura-kura dan tulang binatang merupakan bahan penelahan.

Ahli sihir lelaki yang mengetuai penelahan memahat namanya, tarikh dan pertanyaan itu pada kulit kura-kura dan tulang binatang, kemudian membakar tulang tersebut. Rekahan muncul pada tulang tersebut setelah dibakar. Ahli sihir lelaki mengkaji rekahan tersebut dan mendapat jawapan tentang pertanyaan yang dikemukakan berdasarkan rekahan tersebut dan jawapan itu juga dipahat pada kulit dan tulang itu. Apabila penelahan tersebut dibuktikan selepas itu, tulang tersebut disimpan sebagai arkib rasmi.

Sehingga ini, sebanyak lebih 160 ribu kulit kura-kura dan tulang binatang yang dipahat dengan perkataan-perkataan telah ditemui di Yinxu. Antaranya ada yang utuh dan ada yang hanya merupakan serpihan. Menurut kajian, jumlah perkataan yang dipahat pada kulit dan tulang tersebut berjumlah lebih 4 ribu buah, lebih 3 ribu perkataan antaranya telah dikaji oleh pakar arkeologi, manakala perkataan yang diketahui ertinya berjumlah lebih seribu buah. Menerusi lebih seribu perkataan tersebut, pakar arkeologi telah mengetahui keadaan umum tentang politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lainnya pada zaman Dinasti Shang

Sama seperti perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura dan tulang binatang, barang tembaga juga merupakan artifak warisan pada zaman Dinasti Shang. Teknologi pengacuan barang tembaga pada zaman Dinasti Shang telah mencapai taraf yang tinggi, sebanyak ribuan buah barang tembaga telah ditemui di Yinxu.

Penemuan arkeologi dan penyelidikan ilmial membuktikan bahawa pada zaman Dinasti Shang, negara telah wujud di China, sistem hak milik persendirian telah digubal pada asasnya, semenjak itu, China telah memasuki zaman bertamadun dan berkebudayaan.