Singapura Hentikan Sementara Import Ayam-Itik dari Malaysia
CRI
Menurut berita CRI bahawa pada 18 Ogos Jabatan Pertanian dan Haiwan Singapura telah mengumumkan bermula hari tersebut, Kerajaan Singapura akan memberhentikan import ayam-itik serta barang keluarannya dari Malaysia yang dilanda wabak selesema burung. Pada hari itu, bahagian berkenaan Malaysia mengumumkan bahawa sebuah ladang ternakan di Negeri Kelantan yang terletak berhampiran sempadan Thailand telah dijangkit wabak selesema burung.
|
|