Berdasarkan statistik badan kerajaan di provinsi Jiangsu, Zhejiang, dan bandar Shanghai bahawa masalah kegiatan pelaburan, pinjaman wang dan penggunaan tanah yang terlalu cepat telah diatasi dengan beransur-ansur di kawasan Delta Sungai Yangtze.
Pengerusi Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan bandar Shanghai, Zhu Zhaosong menyatakan bahawa perkembangan ekonomi yang stabil dan sihat telah diwujudkan di Shanghai selepas pelaksanaan pelbagai dasar dan tindakan kawalan makro ekonomi yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat China dilaksanakan.
Dimaklumkan bahawa kerajaan pelbagai tempat di kawasan Delta Sungai Yangzte juga giat melaksanakan dasar dan tindakan tersebut yang diarahkan oleh kerajaan pusat itu dan mencapai hasil yang ketara.
Berdasarkan statistik bahawa pada setengah tahun pertama tahun ini, jumlah penubuhan pelbagai zon perusahaan di provinsi Zhejiang telah berkurangan lebih 620 buah berbandingkan tahun lalu.
Pinjaman wang dari pelbagai sektor kewangan di Shanghai pada bulan Mei yang lalu telah berkurangan lebih 14.9 bilion Yuan Renminbi berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Terdapat 75 buah projek yang melibatkan pelaburan 8.4 bilion Yuan Renminbi akan dikaji semula.
Dalam usaha melaksanakan dasar kawalan makroekonomi itu, kerajaan provinsi Jiangsu giat menggalakkan rancangan pengjimatan penggunaan tanah.
Pan Chunhua, pegawai zon pembangunan ekonomi Xiangcheng di bandar Suzhou menyatakan bahawa tindakan kawalan makro ekonomi tidak membawa kesan negatif untuk menarik pelabur asing, mereka telah berjaya menarik pelaburan asing berjumlah lebih 70 juta Dolar Amerika dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
|