Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-20 16:10:58    
Perbandingan Perbelanjaan Kehidupan Penduduk Beijing, Shanghai dan Guangzhou

Agensi Berita Xinhua China
Berdasarkan statistik terkini, antara empat perbelanjaan utama penduduk bandar raya tersebut iaitu pakaian, makanan, rumah dan pengangkutan, harga makanan paling mahal di Guangzhou, harga rumah paling mahal di Shanghai dan harga pakaian paling mahal di Beijing.

Mari kita membandingkan perbelanjaan untuk makanan dahulu. Boleh dikatakan, makanan merupakan perbelanjaan utama penduduk China. Berdasarkan tinjauan itu, kos perbelanjaan makanan, penduduk Guangzhou paling tinggi berbanding penduduk ketiga-tiga bandar raya tersebut. Pada tahun 2002, perbelanjaan makanan purata setiap orang penduduk Guangzhou lebih tinggi 260 Yuan Renminbi berbanding penduduk Shanghai, angka itu naik kepada 402 Yuan Renminbi pada tahun 2003. Pada setengah tahun pertama ini, perbelanjaan makanan penduduk Guangzhou mencatat 2554 Yuan Renminbi, antaranya perbelanjaan di restoran menempati 35.5%.

Pada beberapa tahun ini, penduduk Beijing sentiasa berbelanja paling banyak untuk membeli pakaian berbanding penduduk Shanghai dan Guangzhou. Pada tahun 2002, purata setiap penduduk Beijing membelanjakan 864 Yuan Renminbi untuk membeli pakaian. Jumlah itu melebihi 251 dan 299 Yuan Renminbi berbanding penduduk Shanghai dan Guangzhou. Pada tahun 2003, walaupun perbelanjaan pakaian penduduk Shanghai dan Guangzhou masing-masing menambah 22.5% dan 22.9%, akan tetapi perbelanjaannya juga kurang daripada penduduk Beijing.Pada setengah tahun pertama ini, perbelanjaan pakaian purata penduduk Beijing mencapai 520 Yuan Renminbi.

Dibandingkan dengan penduduk Guangzhou dan Beijing, penduduk Shanghai membelanjakan lebih banyak wang pendapatan mereka untuk membeli dan menghiasi rumah baru. Pada setengah tahun pertama tahun ini, perbelanjaan rumah keluarga Shanghai purata 669 Yuan Renminbi yang lebih tinggi 18.2% daripada Guangzhou, lbih tinggi 36.5% daripada Beijing.

Dalam bidang perbelanjaan pengangkutan, perbelanjaan pengangkutan penduduk Beijing purata lebih banyak daripada Shanghai dan Guangzhou. Akan tetapi, mulai tahun ini, hampir setiap bulan Shanghai lebih daripada Beijing. Pada setengah tahun pertahun ini, perbelanjaan pengangkutan purata setiap penduduk Shanghai mencata 504 Yuan Renminbi yang telah menambah 82.7% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Menurut angka yang diumumkan, pada setengah tahun pertama tahun ini, pendapatan penduduk Beijing, Shanghai dan Guangzhou purata mencatat 7836 Yuan Renminbi, 8513 Yuan Renminbi dan 8839 Yuan Renminbi.