Menurut Agensi Berita Xinhua, pemberita dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan China bahawa dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, jumlah import barangan automobil China telah melebihi 10 bilion dolar Amerika, meningkat 25% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antara barangan tersebut, peningkatan import komponen penting dan alat ganti automobil lebih tinggi berbanding kereta siap dipasang.
Berdasarkan statistik, dalam tempoh tersebut, kurangan imbangan perdagangan import barangan automobil China telah mencatat enam bilion dolar Amerika. Antara negara pengeksport utama ke China ialah Jepun, Jerman dan Republik Korea.
|