Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-20 18:56:58    
China Galak Modal Asing Digunakan dalam Pasaran Penerbangan dan Angkasa Lepas China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Menteri Suruhanjaya Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan China, Zhang Guangqin hari ini di Beijing menyatakan, kerajaan China menggalakkan modal asing digunakan dalam pasaran penerbangan dan angkasa lepas China.

Zhang Guangqin dalam sidang media yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Pameran Penerbangan China Ke-5 berkata, selepas China menganggotai Pertubuhan Perdagangan Sedunia, industri penerbangan dan angkasa lepas China dan sektor pengangkutan penerbangan telah memasuki peringkat yang lebih terbuka dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi. Kerajaan China menyokong sektor tersebut menjalankan kerjasama dan pertukaran yang lebih meluas di arena antarabangsa.