Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Zhang Xiaoqin hari ini di Nanning mendedahkan, setakat ini, kerja promosi gerai ekspo tersebut hampir selesai. Permintaan terhadap gerai ekspo itu melebihi penawaran dan kerja pengesahan penempahan gerai sedang dijalankan mengikut jadual.
Dimaklumkan, ekspo China-ASEAN kali ini menawarkan 2063 buah gerai pameran. Setakat 18 Ogos, sekretariat ekspo telah menerima lebih 3800 permohonan penempahan gerai tempatan dan luar negara.
|