Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-21 15:18:27    
Penjanaan Ekonomi China akan Manfaatkan Dunia

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, para pakar yang menghadiri Forum Keilmuan China Pertama di Shanghai berpendapat bahawa kemajuan China akan memangkin pembangunan seluruh dunia.

Mereka menyatakan, China berada dalam zaman penjanaan. Kadar purata pertumbuhan ekonomi China dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu mencatat 9.3% setiap tahun menjadikan negara itu unit ekonomi kelima terbesar dan negara perdagangan keempat terbesar di dunia. Globalisasi ekonomi telah menyediakan iklim pasaran yang baik bagi penjanaan China manakala pembaharuan dan buka pintu telah meningkatkan potensi pembangunan China. China sudah menyertai proses globalisasi dan menjadi tenaga utama dalam proses itu. Pembangunan China akan menyediakan peluang pembangunan yang lebih banyak kepada negara lain.