Menurut Agensi Berita Xinhua, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Tung Chee Wah menyatakan, kadar pertumbuhan ekonomi Hong Kong pada suku tahun kedua tahun ini akan mencatat belasan peratus, ekonomi Hong Kong telah diperbaiki.
Beliau berkata, masa depan Hong Kong berkait rapat dengan pembangunan dan penjanaan ekonomi tanah besar. CEPA telah menyediakan peluang kerjasama yang lebih meluas kepada kalangan perdagangan Hong Kong dengan tanah besar China dan telah mendinamikkan ekonomi Hong Kong.
Beliau menambah, tindakan tersebut dan pemulihan ekonomi sejagat telah menggalakkan pemulihan ekonomi Hong Kong. Beliau bersikap optimis terhadap perkembangan Hong Kong.
|