Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Wilayah Autonomi Tibet China baru-baru ini menyatakan, kerajaan China sangat mementingkan pembinaan lebuh raya di Tibet, dan lebuh raya yang dibina sekarang adalah paling banyak dalam sejarah.
Beliau berkata, kerajaan China terus memperkuat peruntukan untuk pembinaan lebuh raya di Tibet, jumlah peruntukan dalam 3 tahun yang lalu telah mencapai 7.2 bilion Yuan RMB. Atas sokongan kewangan kerajaan pusat, kemudahan perhubungan lalu lintas di Tibet semakin hari semakin baik. Sekarang, sepanjang 41 ribu kilometer lebuh raya telah dibina di Tibet.
|