Menurut Agensi Berita Xinhua China, setelah 3 orang Vietnam mati akibat virus selesema burung, China sekarang mengambil pelbagai tindakan untuk mencegah perebakan virus selesema burung.
Dimaklumkan, untuk menjaga keselamatan warga China yang pergi ke Vietnam, Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan, Pemeriksaan dan Kuarantin Kualiti China telah memaklumkan tindakan pencegahan virus selesema burung. Tindakan tersebut termasuk menjauhkan diri dari pesakit selesema burung, burung yang kena virus dan tidak makan burung yang belum dimasak penuh.
Jabatan tersebut juga menuntut warga Vietnam di China melaporkan kepada badan pemeriksaan dan kuarantin semasa keluar masuk China, kalau merasa demam, batuk atau sakit otot.
|